Tuesday, April 27, 2010

7 Al Dajal

Penceramah:           YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz
Tajuk:                    Al-Dajal
Tarikh:                   27 April 2010 8.30-10.00 malam
Tempat:                  Surau Al Iman Kemensah Heights

1.0 Ustaz Hassan Din Al Hafiz adalah penasihat agama kepada 7 Yang DiPertuan Agong sebelum Tuanku Mizan. Kini beliau telah bersara dan menjadi penceramah bebas dan penceramah jemputan di TV3, Astro Oasis dan TV9.

2.0 Sebelum memulakan ceramah, beliau menyentuh beberapa perkara:

      2.1 Kata Nabi SAW“ Apabila kamu lalu dekat Raudah, masuklah” Apakah maksud Raudah itu- Taman Syurga. Taman-taman syurga itu juga ialah majlis ilmu.

        2.2 Mengenai solat, tidak sah solat maka tidak diterima Allah.
        2.3 Kata Nabi SAW “ Ramai orang bersembahyang , tetapi habuan yang diterima hanyalah penat dan letih.”
        2.4 Kata Nabi SAW” Sejahat –jahat manusia yang mencuri, ialah mereka yang mencuri ketika dalam solatnya sendiri”
              2.4.1 Ini khusus kepada mereka yang tidak sempurna ruku’ dan sujudnya.
              2.4.2 Juga ketika melakukan tadbir. Niat itu tempatnya dihati, masanya semasa takbir.
              2.4.3 Mereka yang tidak bersujud diatas 7 anggota- dahi, 2 tapak tangan, 2 tapak kaki dan 2  lutut.       2 tapak kaki ialah perut jari kaki.

3.0 Tajuk : Al Dajal

        3.1 Siapa itu dajal?
        3.2 Tanda-tanda akan berlaku kiamat:
              3.2.1 Tanda kecil- 17 tanda-tanda kecil kesemuanya telah berlaku. Antaranya ialah anak menjadi Tuan
              3.2.2 Tanda-tanda besar ialah:
              3.2.2.1 Lahir/Turunya Imam Mahadi
              3.2.2.2 Lahir/Turunya Dajal
              3.2.2.3 Turun Nabi Isa
              3.2.2.4 Turun Yajuj dan Maajuj
              3.2.2.5 Kaabah Dirobohkan
              3.2.2.6 Hilangnya al Quran.

      3.3 Dajal ada dua jenis:

            3.3.1 Dajal yang pertama;-
                     3.3.1.1 Ulama-ulama jahat . Mereka yang belajar agama, mempunyai ilmu agama yang tinggi tetapi menggunakan agama untuk kepentingan diri. Termasuk juga ulama yang tahu agama tetapi tidak menegur perkara mungkar. Juga orang yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi tetapi berpura-pura tidak tahu agama.

           3.3.2 Dajal yang kedua:

                    3.3.2.1 Almasih al dajal.
                                3.3.2.1.1 Al dajal ini turun dalam masa yang singkat , melawat seluruh dunia Islam dan memecah belahkan aqidah umat Islam. Kemudian turun Nabi Isa menghapuskan dajal. Kemudian diikuti oleh Yajuz dan majuz- perosak harta benda dan membawa kemusnahan didunia. Dalam Islam, Nabi Isa masih belum lagi mati.

3.4 Bagaimanapun sebelum datang 7 tanda besar akan kiamat, Allah telah mematikan orang-orang beriman dengan angin sepui-sepui bahasa.
3.5 Selepas bersolat kita digalakkan berdoa:
      3.5.1.1 Mohon perlindungan dari azab api neraka
      3.5.1.2 Mohon perlindunga dari azab kubur
      3.5.1.3 Mohon perlindungan dari fitnah hidup dan fitnah mati
      3.5.1.4 Mohon perlindungan dari dajal

3.6 Kuliah mengenai tajuk dajal tamat.

3.7 Sesi soal jawab:

      3.7.1 Bagaimanakah orang yang solat atas kerusi, mereka tidak sujud diatas 7 anggota badan. Jawapan: Bagi mereka yang duduk diatas kerusi, seboleh-bolehnya sujud hendaklah lebih rendah dari ruku’.
      3.7.2 Bagi yang solat duduk, semasa takbir hendak-lah ia berusaha untuk takbir berdiri.
     3.7.3 Maksud Sunah Nabi SAW” Barang siapa melabuhkan pakaiannya Allah tidak menerima solatnya”- Maksud disini ialah mereka yang bersolat dengan bermegah-megah.

3.8 Sekian. Wassalam.

No comments: