Penceramah: Ustaz Dato’ Khalid Isa Annadawi
Tajuk Ceramah: 6 Penyakit Pemusnah Umat Akhir Zaman
Tarikh: 20 Apr 2010 8.30 malam
Surau: Surau Al Iman Kemensah Heights
Enam jenis penyakit yang akan memusnahkan ummat Islam diakhir zaman ini ialah
Penyakit 1: Berlebihan Dalam Hiburan
- Hiburan melampau
- Makan-Makan berenak-enak
- Melancong melampau
Penyakit 2: Lupa Daratan
- Tidak mensyukuri nikmat Allah
- Angkuh
- Lupa daratan
o Manusia ini apabila memperolehi nikmat Allah ia bersyuakur, tetapi apabila Allah tarik balik dia mengeluh. Tanda orang yang bersyukur ialah bila dia infak, zikir, solat, berdoa.
Penyakit 3: Gila Harta
- Menghimpun harta banyak-banyak
- Bermewah-mewah dengan harta
- Berbangga dengan harta
o Walaubagaimanapun jangan lah sampai engkau mati tiada harta untuk anak-anak. Jangan samapai anak-anak dan isteri terminta-minta.
o Cuba berusaha untuk mendapat asset kekal-menginfak untuk mendirikan masjid atau membantu orang belajar agama
Penyakit 4: Tipu Menipu Dalam Harta Dunia
- Mengurangkan sukatan
- Mengurangkan timbangan
- Menipu dalam urusan jual beli
Penyakit 5: Bermusuh-musuhan
- Berdengki-dengki
- Berseteru
- Memecah belah
Penyakit 6: Khianat
- Hasut menghasut antara satu sama lain
- Tikam belakang
- Hasad dengki.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment