Saturday, April 17, 2010

3 Gelak Ketawa Dalam Islam

Penceramah:                   Ustaz Muhd Faizal Abd Hamid (UM)
Tajuk Kuliah Subuh:       Gelak Ketawa Dalam Islam
Tarikh:                           17 April 2010
Surau:                            Surau Al Iman Kemensah Heights

1.0             Ustaz Muhd Faizal mendapat pendidikan awal agama di Pakistan, meneruskan pengajian ke Universiti Al Azhar dan seterusnya ke UK. Berasal dari Kelantan dan mempunyai kepakaran dalam bidang sosial masyarakat Melayu. Berkhidmat pada masa ini sebagai pensyarah di UM.

2.0           Berkisar tentang tajuk kuliyah subuh hari ini, Quran ada menyentuh tentang gelak ketawa. “ Kamu hendaklah ketawa sedikit dan serious banyak.”

3.0            Islam menekankan supaya kita serious dalam membuat sebarang kerja, maksudnya fokus dalam pekerjaan.

4.0           Hadis Nabi SAW ada menyebut 4 tekanan hidup yang dihadapi oleh orang mukmin :

              a. Orang mukmin lain yang dengki kepada kita.

              b. Orang munafik yang benci kepada kita.

             c. Godaan syaitan

            d. Godaan nafsu

5.0           Oleh kerana orang mukmin sentiasa berperang dengan tekanan, maka kehidupan mereka juga selalu tertekan.

6.0           Kitab agama Islam pertama yang dikarang oleh orang Melayu adalah Kitab Hikam pada tahun 1613. Ia adalah sebuah kitab tasauf. Kitab tasauf menjadi kegemaran ustaz-uztaz di Malaysia kerana bahan bacaan agama dalam bahasa Melayu adalah kitab tasauf. Kesan kurang baik pendekatan Mazhab Shafie adalahah awasan. (berawas-awas, jika tidak ingat tambah satu lagi)

7.0            Bermain (games) adalah harus dalam Islam. Masyarakat Islam diharuskan bermain kecuali dalam perkara berikut:

               a.     Dalam permainan itu jangan ada judi contohnya dalam permainan golf. Golf itu sunat kecuali ada betting.

               b.     Dalam permainan itu jangan ada kerosakan pada orang atau barangan. Contohnya lumba kereta atau gusti

                c.     Dalam bermain itu ada elemen haram (contohnya aurat wanita dalam berenang)

                d.    Dalam permainan jangan ada elemen menghina orang lain

               e.    Dalam permainan itu ada pengurusan yang tidak adil contohnya jika menang dapat hadiah yang besar tetapi pengurus yang sama hanya memberi token kepada hadiah inovasi.

8 Sekian Wassalm

No comments: