Sunday, April 18, 2010

4 Bersenam Selepas Kuliyah Tafsir

Penceramah:        Ustaz Jaafar
Kulliyah:              Tafsir Al Quran
Masjid:                Masjid Al Hidayah Taman Melawati
Tarikh:                Ahad 18 April 2010

1.0        Kuliyah hari ini agak berbeza dari lain-lain kuliyah yang pernah saya hadiri kerana selepas kuliyah tamat jam 7.15pagi, ustaz menjemput jemaah melakukan senaman badan. Berikut adalah langkah senaman yang diajarkan..

2.0        Senaman pertama adalah untuk merehatkan badan (wriggle anggota badan) sebagai persediaan untuk memanaskan badan. Kemudian tarik nafas 3 kali.

3.0        Senaman kedua adalah untuk kepala dan leher. Pusing kepala kekiri dan kekanan sebanyak 1 kali contoh + 6 kali senaman (7 kali)

4.0       Senaman ketiga adalah untuk dada dan bahu. Letakkan tangan pada dada, pusing kekiri dan kekanan sebanyak 7 kali.

5.0       Senaman keempat ialah untuk pinggang. Luruskan tangan kekiri dan kanan sambil membongkok (side) sebanyak 7 kali.

6.0       Senaman kelima juga untuk pinggang. Luruskan tangan kehadapan kemudian turunkan badan sambil membengkokan lutut sebanyak 7 kali.

7.0      Senaman keenam juga untuk pinggang iaitu kedudukan seperti rukuk tetapi luruskan tangan. Turun naik tangan sebanyak 7 kali.

8.0      Senaman ketujuh dan yang terakhir ialah menarik nafas panjang sebanyak 3 kali dan lepaskan perlahan-lahan.

9.0      Saya sangat teruja dengan senaman yang diajarkan oleh Ustaz dan berniat untuk melakukanya terutama pada waktu selepas solat Subuh insyaalah. Saya juga tidak sabar untuk mengikuti kelas tafsir Ustaz minggu hadapan dan melakukan senaman bersama jemaah lain.

10.0 Sekian Wassalam

No comments: