Wednesday, April 14, 2010

1 Kenapa Travelog Kuliyah

Bermula dengan Bismillahhirrahmanirahim,
Melalui laman blog ini saya ingin merekodkan catitan tentang kuliyah dan ceramah agama yang saya hadiri. Banyak ceramah agama yang saya hadiri selama ini hilang tanpa catitan. Ia agak merugikan kerana sebahagian dari kuliyah dan ceramah ini mengandungi banyak ilmu pengetahuan yang belum saya pelajari. Cermah biasanya diberikan oleh ustaz berdasarkan kepada tajuk yang disediakan oleh pehak masjid atau disediakan oleh ustaz manakala kuliyah pula merupakan ceramah agama berasaskan kepada kitab atau tafsir.

Dari catitan ini saya berharap dapat mencungkil kekuatan dan kelebihan dari ilmu yang dipelajari dari kuliyah ini. Seterusnya pengetahuan yang dipelajari dapat dikongsi dengan lebih ramai khususnya kepada sesiapa yang singgah dilaman blog ini. Kepada yang berkongsi pandangan saya dahulukan dengan ucapan setinggi terima kasih.

Wasalam
14 April 2010

No comments: