Wednesday, April 14, 2010

2 Huraian Berkaitan Perkara Yang Membatalkan Tauhid

Penceramah:    Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Tajuk:              Huraian Berkaitan Perkara Yang Berkaitan Tauhid (Aqidah)
Surau:              Surau Al Iman Kemensah Heights
Tarikh:            14 April 2010


1.0   Segala pujian kepada Allah SWT yang mentadbir sekelian alam 

2.0   Kuliyah Ustaz Wan Sohor hari ini adalah berkaitan dengan tajuk aqidah. Tajuk ini sangat berkaitan dengan perkara yang di perkatan hari ini yaitu penubuhan Jawatankuasa Antara Agama atau Inter Faith Committee oleh kerajaan pada 13 April 2010

3.0   Sesiapa yang tidak memandang orang musrikin itu kafir atau ragu-ragu , maka orang itu dianggap kafir. Sesiapa yang memberi kelebihan kepada hukum lain dari hukum Nabi Muhammad SAW......

4.0   Aqidah boleh batal apabila
            Kepercayaan
            Perasaan/Niat
            Mulut/Perkataan
            Perbuatan
                   Berlaku dengan sengaja atau dengan rela hati atau sedar, tidak dipaksa. kalau dibuat juga akan jatuh aqidah. Apa itu aqidah. Mengesakan Allah, berkiblatkan Allah, semuanya kerana Allah (Allahuahad) Memusatkan hanya satu kepada Allah dengan mengikut cara Nabi Muhamad SAW.

5.0   Ustaz memetik kisah dari dalam Quran.
Suatu ketika Allah berkata kepada ahli syurga. "Apakah kamu redha dengan apa yang kamu perolehi dari dalam syurga ini? Berkata ahli syurga " Bagaimanakah kami tidak redha, sedangkan kami memperolehi memperolehi lebih dari yang kami dapat." Berkata Allah " Sukakah kamu Aku berikan sesuatu yang lebih hebat" Jawab ahli syurga" Apakah lagi yang lebih hebat Ya Allah". Allah berkata " Aku halalkan (berikan) kepada mu keredhaan Ku. Aku redha Islam itu agama kamu".

6.0   Maksudnya keredhaan Allah itu lebih hebat dari syurga dan isikandungannya. Oleh itu perkataan redha ini bukanlah sesuatu yang enteng khususnya apabila kita berdoa memohon keredhaan Allah terhadap sesuatu yang ingin kita lakukan.

7.0   Inilah inti yang saya pelajari dari kuliyah Ustaz hari ini.

No comments: