Tuesday, April 27, 2010

7 Al Dajal

Penceramah:           YBhg Ustaz Dato’ Hassan Din Al Hafiz
Tajuk:                    Al-Dajal
Tarikh:                   27 April 2010 8.30-10.00 malam
Tempat:                  Surau Al Iman Kemensah Heights

1.0 Ustaz Hassan Din Al Hafiz adalah penasihat agama kepada 7 Yang DiPertuan Agong sebelum Tuanku Mizan. Kini beliau telah bersara dan menjadi penceramah bebas dan penceramah jemputan di TV3, Astro Oasis dan TV9.

2.0 Sebelum memulakan ceramah, beliau menyentuh beberapa perkara:

      2.1 Kata Nabi SAW“ Apabila kamu lalu dekat Raudah, masuklah” Apakah maksud Raudah itu- Taman Syurga. Taman-taman syurga itu juga ialah majlis ilmu.

6 Haji Ali Bin Haji Musa Kampung Seliau RANTAU NS (1926-1998)

      Untuk posting kali ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai seorang tokoh agama berasal dari kampung saya sendiri. Semasa bersekolah rendah saya sering mendengar khutbah jumaat beliau. Membaca dengan teks yang disediakan sendiri dalam dailek nogori, khutbah jumaat beliau menarik dan tidak mengantuk. Kandungan khutbah beliau menyentuh kehidupan harian penduduk seperti menoreh getah tapi tidak datang sembayang jumaat, mengembala lembu kerbau sehingga lupa solat. Jemaah selalu tersenyum bila beliau 'menyidir' didalam khutbah jumaatnya mengenai kerenah orang kampung. Hari ini kandungan khutbah sudah jauh berbeza, seringkali tiada kaitan dengan kehidupan harian masyarakat di kampung saya. Ayah juga ada berguru dengan beliau semasa di pondok beliau.

Berikut adalah biodata beliau , kredit dari blog ulama kito.

Biodata

Haji Ali Bin Haji Musa ( 1926 – 1998 )

Tuesday, April 20, 2010

5 Enam Penyakit Pemusnah Umat Akhir Zaman

Penceramah:         Ustaz Dato’ Khalid Isa Annadawi
Tajuk Ceramah:    6 Penyakit Pemusnah Umat Akhir Zaman
Tarikh:                 20 Apr 2010   8.30 malam
Surau:                  Surau Al Iman Kemensah Heights

Enam jenis penyakit yang akan memusnahkan ummat Islam diakhir zaman ini ialah

Penyakit 1: Berlebihan Dalam Hiburan
                  - Hiburan melampau
                  - Makan-Makan berenak-enak
                  - Melancong melampau

Penyakit 2: Lupa Daratan
                 - Tidak mensyukuri nikmat Allah
                 - Angkuh
                 - Lupa daratan
        o Manusia ini apabila memperolehi nikmat Allah ia bersyuakur, tetapi apabila Allah tarik balik dia mengeluh. Tanda orang yang bersyukur ialah bila dia infak, zikir, solat, berdoa.

Sunday, April 18, 2010

4 Bersenam Selepas Kuliyah Tafsir

Penceramah:        Ustaz Jaafar
Kulliyah:              Tafsir Al Quran
Masjid:                Masjid Al Hidayah Taman Melawati
Tarikh:                Ahad 18 April 2010

1.0        Kuliyah hari ini agak berbeza dari lain-lain kuliyah yang pernah saya hadiri kerana selepas kuliyah tamat jam 7.15pagi, ustaz menjemput jemaah melakukan senaman badan. Berikut adalah langkah senaman yang diajarkan..

2.0        Senaman pertama adalah untuk merehatkan badan (wriggle anggota badan) sebagai persediaan untuk memanaskan badan. Kemudian tarik nafas 3 kali.

3.0        Senaman kedua adalah untuk kepala dan leher. Pusing kepala kekiri dan kekanan sebanyak 1 kali contoh + 6 kali senaman (7 kali)

Saturday, April 17, 2010

3 Gelak Ketawa Dalam Islam

Penceramah:                   Ustaz Muhd Faizal Abd Hamid (UM)
Tajuk Kuliah Subuh:       Gelak Ketawa Dalam Islam
Tarikh:                           17 April 2010
Surau:                            Surau Al Iman Kemensah Heights

1.0             Ustaz Muhd Faizal mendapat pendidikan awal agama di Pakistan, meneruskan pengajian ke Universiti Al Azhar dan seterusnya ke UK. Berasal dari Kelantan dan mempunyai kepakaran dalam bidang sosial masyarakat Melayu. Berkhidmat pada masa ini sebagai pensyarah di UM.

2.0           Berkisar tentang tajuk kuliyah subuh hari ini, Quran ada menyentuh tentang gelak ketawa. “ Kamu hendaklah ketawa sedikit dan serious banyak.”

3.0            Islam menekankan supaya kita serious dalam membuat sebarang kerja, maksudnya fokus dalam pekerjaan.

Wednesday, April 14, 2010

2 Huraian Berkaitan Perkara Yang Membatalkan Tauhid

Penceramah:    Ustaz Wan Sohor Bani Leman
Tajuk:              Huraian Berkaitan Perkara Yang Berkaitan Tauhid (Aqidah)
Surau:              Surau Al Iman Kemensah Heights
Tarikh:            14 April 2010


1.0   Segala pujian kepada Allah SWT yang mentadbir sekelian alam 

2.0   Kuliyah Ustaz Wan Sohor hari ini adalah berkaitan dengan tajuk aqidah. Tajuk ini sangat berkaitan dengan perkara yang di perkatan hari ini yaitu penubuhan Jawatankuasa Antara Agama atau Inter Faith Committee oleh kerajaan pada 13 April 2010

1 Kenapa Travelog Kuliyah

Bermula dengan Bismillahhirrahmanirahim,
Melalui laman blog ini saya ingin merekodkan catitan tentang kuliyah dan ceramah agama yang saya hadiri. Banyak ceramah agama yang saya hadiri selama ini hilang tanpa catitan. Ia agak merugikan kerana sebahagian dari kuliyah dan ceramah ini mengandungi banyak ilmu pengetahuan yang belum saya pelajari. Cermah biasanya diberikan oleh ustaz berdasarkan kepada tajuk yang disediakan oleh pehak masjid atau disediakan oleh ustaz manakala kuliyah pula merupakan ceramah agama berasaskan kepada kitab atau tafsir.